fbpx
MOTOSIKAL mangsa yang maut dalam kejadian langgar lari di jalan berhampiran kilang sawit Seroja Jengka 18.

Anggota Rela maut kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut dalam kejadian langgar lari di jalan berhampiran kilang sawit Seroja Jengka 18 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki berumur 53 tahun dalam perjalanan dari pasar malam untuk balik ke rumahnya di Jengka 17.

“Apabila sampai di tempat kejadian semasa bergerak lurus, sebuah lori telah memotong dan terus memasuki simpang di sebelah kiri jalan menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengawal kenderaan dan melanggar sebelah kiri lori.

“Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori melarikan diri dan meninggalkan lori di dalam ladang sawit,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kim Wai kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, sehingga kini tiada saksi yang tampil bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan tersebut.

“Pihak polis memohon bantuan orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN