fbpx
Keadaan trafik terkini dibeberapa lebuh raya utama petang ini.

Lebuh raya sesak hujung Syawal, trafik mula perlahan di laluan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mula menunjukkan kesesakan ketara susulan peningkatan pergerakan orang ramai sempena minggu terakhir sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Info Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 1.59 petang, kesesakan ketara berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Ipoh ke Simpang Pulai susulan kemalangan maut di Kilometer 281.

Selain itu, aliran trafik turut perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Simpang Pulai ke Ipoh serta Permatang Pauh ke Sungai Dua.

Di Lembah Klang, kesesakan dikesan di beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Setia Alam ke Subang dan dari Bukit Lanjan ke Damansara.

Keadaan sama turut berlaku di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) serta Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) yang mencatatkan trafik perlahan di kedua-dua arah di beberapa lokasi.

Di selatan tanah air, kesesakan dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan (E2) melibatkan laluan Pasir Gudang ke Setia Tropika, Senai Utara ke Kulai serta Sedenak ke Kulai.

LLM turut memaklumkan aliran trafik di Tambak Johor sesak di kedua-dua arah dari Woodlands ke Johor Bahru, manakala di Linkedua, kesesakan berlaku dari KM1.6 Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar.

Dalam perkembangan sama, sebuah lori rosak di Kilometer 23.9 arah utara Lebuh Raya Elite dari KLIA ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil menyebabkan lorong tengah terhalang dan menambah kesesakan.

Sementara itu, di utara, trafik di Jambatan Pulau Pinang arah Perai ke pulau juga dilaporkan perlahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN