fbpx
SHEILA berkata individu terbabit bagaimanapun sudah berjaya ditahan pihak berkuasa.

‘Rasa tak selamat’ – Sheila Rusly terkejut jiran perompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengakui terkejut apabila kawasan kediamannya yang selama ini dianggap selamat rupa-rupanya pernah menjadi lokasi persembunyian seorang perompak.

Sheila, 54, berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial sehingga mencetuskan rasa gerun dalam kalangan pengikutnya.

“12 tahun duduk di kawasan berpagar dan berpengawal, baru tahu depan rumah, tempat kita rasa paling selamat, rupanya perompak sewa. Seram, kan?” tulisnya dalam Threads.

Tambah bintang drama Anak Betong itu, individu terbabit bagaimanapun sudah berjaya ditahan pihak berkuasa.

Namun pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam dirinya.

“Sudah ditahan, tetapi saya masih rasa tidak selamat,” ujarnya ringkas ketika membalas pertanyaan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut selain berkongsi kebimbangan terhadap tahap keselamatan kawasan kediaman masing-masing.

“Zaman sekarang, kawasan berpagar pun belum tentu selamat.

“Kena lebih berhati-hati walaupun duduk di kawasan ‘guarded’.

“Seram dengar, depan rumah sendiri pun boleh jadi tempat persembunyian penjenayah,” tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga segelintir berpendapat kejadian tersebut tidak mencerminkan keseluruhan sistem keselamatan kawasan berkenaan, sebaliknya kes terpencil yang boleh berlaku di mana-mana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN