fbpx
Maritim Malaysia menahan 25 etnik Rohingya yang cuba memasuki negara ini menggunakan sebuah bot fiber di pantai Kuala Muda, Penaga, pagi tadi.

Maritim Malaysia tahan bot fiber bawa 25 etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Hasrat 25 etnik Rohingya memasuki ke negara menggunakan laluan laut tidak kesampaian apabila mereka ditahan pasukan Maritim Malaysia di sekitar pesisir pantai Kuala Muda, Penaga di sini, pagi tadi.

Penahanan ke atas kesemua warga asing terbabit dilakukan dalam satu operasi yang dijalankan kira-kira pukul 4.25 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, tangkapan dilakukan hasil maklumat perisikan yang diterima seawal pukul 3.30 pagi tadi berhubung pergerakan mencurigakan sebuah bot fiber yang dalam keadaan memecut laju menuju ke muara Kuala Muda.

Menurutnya, susulan maklumat tersebut, sebuah bot peronda Maritim Negeri Pulau Pinang digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan.

“Pemeriksaan mendapati, bot tersebut sedang membawa 25 warga asing. Bot peronda sebelum itu bertindak mengejar bot fiber terbabit, namun bot tersebut meloloskan diri sebaik menurunkan kesemua warga Myanmar tersebut di pesisir pantai Kuala Muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Jelas beliau lagi, mereka yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 42 tahun itu disyaki memasuki ke negara dengan menggunakan sebuah lori sebagai pengangkutan darat ekoran keberadaan kenderaan itu di pesisir pantai berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu berada di Malaysia tanpa suatu pas yang sah dan Seksyen 5(2) iaitu kemasukan atau keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan terbabit kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN