fbpx
Seorang lelaki membantu pegawai polis itu dengan menunggang motosikalnya ke hujung jambatan. - AGENSI

Polis gayat takut seberang jambatan, minta tolong penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pegawai polis di Garut, wilayah Jawa Barat tular apabila meminta bantuan penduduk untuk melintas sebuah jambatan dengan menunggang motosikalnya kerana takut jatuh, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pegawai terbabit turun daripada motosikalnya. 

Dia hanya menunggu dan melihat motosikalnya ditunggang oleh seorang lelaki untuk melalui sepanjang jambatan kayu tersebut. 

Selepas motosikal itu dibawa ke hujung jambatan, pegawai berkenaan meneruskan perjalanannya dengan berjalan kaki. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 262,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia gayat!” kata seorang netizen. 

“Saya fikir semua polis tidak takut apa-apa,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN