fbpx
Mohd. Syahril dikawal ketat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Klang. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Lelaki didakwa bunuh bayi rakannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perbuatan kejam seorang lelaki membunuh bayi lelaki yang merupakan anak kepada rakannya mengundang padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd. Syahril Nazrul Ruslim, 37, bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju T berkolar dan berseluar panjang berwarna ungu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Syahril telah Muhammad Asyraf di sebuah unit apartmen di Taman Bayu Perdana, kira-kira pukul 3.30 petang pada 6 April lalu.

Justeru, dia boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli memohon mahkamah untuk menetapkan sebutan semula kes 6 Julai ini bagi pihak pendakwaan mengemukakan laporan forensik.

Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN