PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad hari ini.
Melalui satu hantaran di Instagram rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan serta pengurusan hal ehwal agama negeri Johor.
“Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini,” katanya di sini hari ini.
Turut hadir sama, Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed. – KOSMO! ONLINE














