fbpx
PENYOKONG Hezbollah meraikan gencatan senjata di Beirut, Lebanon hari ini. – AFP

Gencatan senjata 10 hari akhiri perang Lebanon-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Perjanjian gencatan senjata 10  hari yang dipersetujui Lebanon dan Israel berkuat kuasa hari ini, manakala Presiden Donald Trump berkata bahawa beliau sedang berusaha mengatur pertemuan bersemuka pertama antara pemimpin kedua-dua belah pihak.

Gencatan senjata itu bermula pada tengah malam (waktu tempatan)  di Lebanon dan Israel atau pukul 5 pagi waktu Malaysia.

Ia berkuat kuasa ketika Washington meningkatkan usaha untuk mencapai persetujuan bagi menamatkan perang dengan Iran. Tehran sebelum ini bertegas  gencatan senjata Lebanon mesti menjadi sebahagian daripada syarat sebarang perjanjian damai.

Perang Asia Barat bermula apabila Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu, manakala Lebanon terlibat selepas kumpulan Hezbollah membedil roket ke Israel pada 2 Mac lepas.

Sejak itu, serangan Israel di Lebanon membunuh lebih 2,000 orang dan menyebabkan lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal. Tentera darat  Israel juga menceroboh selatan negara itu.

Apabila gencatan senjata mula berkuat kuasa, tentera Israel berkata, pihaknya telah menyerang lebih 380  ‘sasaran Hezbollah di selatan Lebanon’  dan berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga tinggi’  untuk menyambung semula serangan.

Terdahulu, Trump berkata, perjanjian untuk menghentikan permusuhan itu tercapai selepas panggilan telefon ‘cemerlang’ bersama Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu dan Presiden Lebanon, Joseph Aoun.

“Kedua-dua pemimpin ini  bersetuju bahawa untuk mencapai KEAMANAN, mereka akan secara rasmi memulakan GENCATAN SENJATA 10 Hari,” kata Trump di platform Truth Social.

Beliau turut  menjangkakan Netanyahu dan Aoun akan melawat White House dalam tempoh empat atau lima hari akan datang. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN