fbpx
Suspek ditahan selepas kegiatannya terdedah. - Instagram

Menantu ‘songlap’ duit mentua RM1 juta belanja skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Kepahiang, wilayah Bengkulu ditahan selepas didakwa menggelapkan wang milik bapa mentuanya berjumlah 4.7 bilion rupiah (RM1 juta) untuk berfoya-foya dengan kekasih gelap, lapor laman berita Batam News semalam.

Kegiatan suspek yang hanya dikenali sebagai Aan pada awalnya didedahkan kakak iparnya yang berang dengan tindakan lelaki itu menipu mangsa.

Kakak ipar suspek memuat naik gambar dirinya dengan seorang wanita di sebuah vila mewah di Pulau Bali dengan keterangan berbunyi: “Kalau mahu curang pakai duit sendiri, bukan mencuri duit mentua.”

Hasil siasatan polis mendapati bahawa suspek yang sebelumnya mempamerkan kehidupan lagak seorang jutawan, sebenarnya menggelapkan duit hasil jualan kopi milik bapa mentuanya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang, Aipda Abdullah Barus berkata, pasukannya telah merampas beberapa barang bukti iaitu wang tunai, telefon bimbit, komputer riba dan timbunan barangan berjenama mahal yang didakwa dibeli dengan dana curi tersebut. 

“Semasa soal siasat, pelaku tidak menafikan perbuatannya. Dia mengaku menggelapkan wang hasil jualan kopi bapa mentuanya secara berperingkat,” kata Abdullah.

Menurut laporan laman berita Tribunnews, suspek menipu bapa mentuanya dengan memberitahu bahawa beberapa pembeli masih belum menjelaskan hutang.

“Sebaliknya, pembeli melunaskan pembayaran dan wang tersebut diambil oleh suspek untuk perbelanjaan peribadi,” tambah Abdullah.

Jika disabitkan kesalah, suspek berdepan hukuman maksimum empat tahun penjara. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN