PUTRAJAYA- Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 hingga 22 April dilaporkan menurun sebanyak 75 sen iaitu kepada RM5.97 seliter, berbanding RM6.72 seliter minggu lalu.
Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 tanpa subsidi pula menurun sebanyak 25 sen kepada RM5.10 seliter berbanding RM5.35 seliter.
Harga runcit RON95 juga turun sebanyak 25 sen kepada RM4.02 seliter berbanding RM4.27.
“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.
“Dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan .
“Ia di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar
kepada rakyat dan sektor tertentu.
“RON95 menerusi Budi95 berharga RM1.99 seliter selain diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan bernilai RM2.15 seliter,” katanya. – KOSMO! ONLINE














