fbpx
ROSENIOR dilihat gagal menjadikan Chelsea lebih baik dan perlu segera dipecat untuk menyelamatkan pasukan itu. - AFP

EPL: Chelsea digesa ikat pengendali Como

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea dinasihatkan untuk segera memecat pengendali mereka, Liam Rosenior selepas kekalahan kepada Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Keputusan itu menyaksikan The Blues tewas dalam lima daripada enam perlawanan terakhir, menyebabkan harapan untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara semakin pudar.

Bagaimanapun, pihak pengurusan tertinggi kelab itu dilapor masih bersedia untuk memberikan masa buat Rosenior membentuk skuad terbaik Chelsea, tetapi ramai pemerhati percaya bahawa pengurus itu perlu dipecat untuk menyelamatkan kelab berkenaan.

Legenda Itali yang pernah memenangi Piala Dunia, Marco Matterazzi percaya Chelsea perlu segera membuat perubahan dan menggesa mereka mendapatkan khidmat Cesc Fabregas sebagai pengurus baharu.

Fabregas sebelum ini pernah menjuarai EPL sebanyak dua kali bersama Chelsea dan kini sedang menikmati karier yang cemerlang bersama Como di Serie A.

“Saya melihat aksi ketika Chelsea tewas kepada Everton dan saya juga berada di stadium menyaksikan mereka menjuarai Piala Kelab Dunia sebelum ini. Enzo Maresca menjadikan Chelsea luar biasa.

“Ketika ini, saya seakan melihat dua pasukan yang berbeza. Everton mudah berdepan Chelsea dan persembahan mereka langsung tidak menarik. Mereka perlu pergi mendapatkan Fabregas pada musim panas ini.

“Saya teruja melihat hasil kerja Fabregas di Como. Saya tidak pasti adakah beliau mahu tinggalkan Como, tetapi saya melihat Fabregas adalah masa depan untuk Chelsea,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN