fbpx
Gambar hiasan

Penjawat awam direman ‘sentuh’ remaja dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam direman tujuh hari selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di bandar raya ini, awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki yang berusia 28 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 21 April depan.

Jelasnya, suspek ditahan bagi membolehkan pihal polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Penjawat awam itu ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah di sini semalam selepas mangsa tampil membuat laporan polis pada hari sama.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku pada 25 Januari lalu di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman mangsa di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN