fbpx
KEADAAN kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Kilometer 2.2 Jalan Seri Menanti – Parit Sikom di Kampung Parit Haji Adenan, Pontian, semalam. Foto PDRM

Lima jam bertarung nyawa, cikgu akaun maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang guru mata pelajaran Prinsip Akaun dalam kemalangan di Kilometer 2.2 Jalan Seri Menanti – Parit Sikom, Kampung Parit Haji Adnan, Pekan Nanas, di sini petang semalam.

Mangsa, Jamaliah Aris, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman di sini disahkan meninggal dunia selepas hampir lima jam bertarung nyawa.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika mangsa memandu kereta jenis Toyota Vios seorang diri dari arah Kampung Parit Basilam.
“Setibanya di persimpangan Kampung Parit Basilam, mangsa dipercayai mahu membelok ke kanan sebelum dilanggar lori yang datang dari arah Pekan Nanas. Lori itu tidak sempat membrek lalu merempuh kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan dalaman serius meninggal dunia di Hospital Pontian pada pukul 8.30 malam. Pemandu lori berusia 56 tahun tidak cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN