fbpx
ANTARA pelajar sekolah yang ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan bergaduh sesama sendiri dan membuat kecoh di tempat awam. Foto RAJA JAAFAR ALI

16 termasuk 14 pelajar didakwa bergaduh depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 14 pelajar dan dua wanita dewasa yang terlibat kes pergaduhan di hadapan sekolah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mereka akan didakwa bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sesama sendiri dan membuat kekecohan di tempat awam.

“Sementara seorang suspek akan menghadapi pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seorang lagi suspek. Sorang lagi suspek berbeza juga akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seorang lagi suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ab Rahaman berkata, pihaknya menegaskan bahawa sebarang bentuk pergaduhan atau salah laku jenayah dalam kalangan pelajar sekolah adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pada masa yang sama, pihak polis menyeru kepada ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik dan memantau tingkah laku anak-anak supaya tidak terpengaruh dan terjebak dalam jenayah,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari, Jumaat lalu, polis menerima maklumat dari orang awam berkaitan pergaduhan pelajar di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini.

Pada hari sama, polis melakukan tangkapan terhadap 14 kanak-kanak lelaki dan dua perempuan dewasa lingkungan usia 12 tahun hingga 37 tahun di kawasan Taman Nusa Bestari dan Iskandar Puteri.

Hasil soal siasat yang dijalankan kesemua suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu yang berpunca akibat tidak puas hati apabila salah seorang daripada suspek ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN