fbpx
SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun bersama pasangannya lelaki berusia 18 tahun ditahan reman bagi tujuan siasatan kes dibawah Sesyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Pasangan remaja ditahan bantu siasatan kes buang bayi di Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang remaja bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di pekarangan sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lalu.

Tangkapan dibuat kira-kira pukul 2.15 pagi, hari ini oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara di sekitar kawasan Taman Universiti.

Suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun, kedua-duanya warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek juga didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pasangan remaja itu kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkannya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bayi perempuan tersebut ditemui oleh seorang jemaah lelaki berusia lingkungan 40-an selepas selesai menunaikan solat sebelum menuju ke kawasan parkir.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan tuala hijau tanpa pakaian sempurna, namun dilaporkan stabil selepas dibawa ke hospital untuk rawatan dan kini dalam pemantauan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN