fbpx
Saarani (empat dari kiri) bersama delegasi CelcomDigi di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Potensi kerjasama strategik kerajaan negeri Perak, CelcomDigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerjasama strategik dengan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) membolehkan kerajaan Perak memperkukuhkan infrastruktur digital di negeri ini sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyatnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, potensi menjalin kerjasama strategik itu dizahirkan menerusi pertemuan antara pihak kerajaan negeri dengan CelcomDigi di pejabat beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

“Terima kunjungan hormat dari delegasi CelcomDigi di pejabat saya pagi ini diketuai Ketua Pegawai Inovasinya, T. Kugan. Dalam pertemuan ini kami membincangkan potensi kerjasama strategik antara negeri Perak dan CelcomDigi.

“Khususnya dalam memperkukuh infrastruktur digital, memperluas capaian rangkaian serta menyokong agenda transformasi digital negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, turut disentuh ialah usaha untuk memastikan kemudahan telekomunikasi yang lebih baik dapat dinikmati oleh rakyat termasuk di kawasan luar bandar.

Saarani berkata, ia selari dengan keperluan ekonomi masa depan yang semakin bergantung kepada teknologi.

“Mudah-mudahan perbincangan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada negeri dan kesejahteraan rakyat Perak. Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN