fbpx
Ahli keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris semasa menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan di pekarangan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada 1 September lalu.

Kes kematian Wan Ahmad Faris didengar semula Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini akan mendengar semula kes kematian pelajar maahad tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas kira-kira 13 tahun lalu pada Selasa ini.

Menurut ahli keluarga kepada remaja berkenaan, Ali Hanafiah Mohamed, proses itu penting bagi mencari keadilan berkaitan kes berkenaan.

“Selasa ini, Mahkamah akan mendengar, sama ada menolak kes itu tanpa perbicaraan atau meneruskan ke perbicaraan penuh.

“Menolak tuntutan ini atas alasan teknikal, had masa tanpa memberi ruang dan peluang perbicaraan penuh akan menyebabkan ketidakadilan yang serius?,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Ali Hanafiah memberitahu, kes tersebut tidak wajar ditutup sebelum kebenaran didengar.

“Andai mahkamah menolak untuk dibicarakan?. Biasanya mahkamah akan perintahkan pihak keluarga membayar kos? berapa? keluarga kena gadai atau jual tanah. Siap sedia, hormati keputusan mahkamah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ali Hanafiah berkata, saman sivil oleh keluarga itu melibatkan tiga pihak utama iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan pegawai penyiasat kes tersebut.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat ditemukan dalam keadaan separuh bogel dan tergantung di tandas asrama maahad tahfiz berkenaan pada 14 Disember 2013.

Mayat remaja itu dijumpai oleh penyelia asrama selepas terhidu bau. Pada awalnya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah.

Mahkamah Koroner Kota Bharu pada Jun 2016 bagaimanapun memutuskan kematian Wan Ahmad Faris adalah dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN