fbpx
Zulkifli ketika ditemui pada majlis penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1447 Hijrah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Konflik Asia Barat: Jemaah haji perlu waspada, patuhi arahan TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jemaah haji dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH) susulan ketidaktentuan konflik Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi bagi memantau keselamatan dan kebajikan jemaah negara ini.

“Jemaah haji kita dikenali berakhlak dan berdisiplin. Reputasi ini perlu terus dipelihara sekali gus terus membawa nama baik sebagai duta kecil Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1447 Hijrah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan memaklumkan TH telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan semasa dan menyelaras tindakan segera jika berdepan situasi kecemasan melibatkan jemaah.

Menurut Zulkifli, persiapan TH juga meliputi aspek pemahaman ibadah, akhlak serta kesiapsiagaan mental jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang perbezaan pandangan berhubung isu penglibatan sukarelawan wanita dalam Sumud Flotilla 2.0 perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama termasuk Jabatan Mufti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN