fbpx
VANCE (kiri) berjalan untuk menaiki pesawat rasmi Air Force 2 di Islamabad hari ini. – AFP 

Rundingan di Islamabad gagal, perang Asia Barat belum berakhir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan perang di Asia Barat, kata Naib Presiden JD Vance hari ini selepas rundingan maraton di Islamabad.

Vance berkata, Washington mahukan ‘komitmen asas’ bahawa Tehran tidak akan membangunkan senjata nuklear, tetapi ‘kami belum melihatnya’.

Bagaimanapun, beliau memberi tempoh kepada Iran untuk mempertimbangkan tawaran Amerika Syarikat. Pada Selasa lalu, Washington mengumumkan menghentikan serangan ke atas Tehran selama dua minggu sementara menunggu hasil rundingan tersebut.

Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu yang mencetuskan tindakan balas Tehran, menyaksikan Asia Barat terjerumus ke dalam konflik, manakala ekonomi global kacau bilau.

Secara berasingan, Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa beliau tidak peduli pun sama ada rundingan di Islamabad berjaya atau sebaliknya.

“Sama ada kami membuat perjanjian atau tidak, tiada beza buat saya. Sebabnya adalah kerana kami (AS) telah menang,” kata Trump.

Akhirnya selepas berunding selama 21 jam, Vance memberitahu pemberita bahawa tiada perjanjian dicapai.

“Kami beredar dari sini dengan cadangan yang sangat mudah, satu kaedah persefahaman yang merupakan tawaran terakhir dan terbaik kami. Kami akan lihat sama ada pihak Iran menerimanya,” kata Vance.

Amerika Syarikat sangat terjejas oleh kenaikan harga minyak di pasaran global walaupun  mengimport kurang minyak mentah dari negara-negara Teluk berbanding kebanyakan sekutunya di  Eropah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN