fbpx
AARON-Wooi Yik tewas kepada pasangan Korea Selatan biarpun berjaya memberikan aksi terbaik sepanjang aksi tiga set.

Rexy luah rasa tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMINAT sukan tanah air perlu menerima hakikat cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China sudah berakhir apabila kesemua wakil negara sudah ditunjukkan jalan keluar.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo kelmarin, tiga wakil negara terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila tewas kepada lawan masing-masing.

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu selepas tewas 19-21, 28-26, 13-21 kepada Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dari Korea Selatan.

Walaupun sudah memberikan yang terbaik dengan mengeluarkan segala-galanya, namun aksi sempurna dipamerkan lawan membuatkan bekas juara dunia itu terpaksa akur untuk meninggalkan kejohanan tersebut lebih awal.

“Hari ini (kelmarin) Korea bermain dengan sangat baik dan kurang melakukan kesilapan-kesilapan mudah. Selain itu, mereka juga menampilkan aksi agresif yang lebih baik,” kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky.

Pada masa sama, beliau turut mengakui, aksi beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah berbeza jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini sehingga menyebabkan mereka tewas 13-21, 15-21 kepada pasangan tuan rumah, Li Yi Jing-Luo Xu Min.

Walaupun turun dengan status sebagai pilihan kedua serta beregu No. 2 dunia, namun aksi naib juara dunia musim lalu itu tidak begitu sempurna apabila banyak melakukan kesilapan mudah, terutamanya di set kedua.

“Untuk Pearly-Thinaah, permainan mereka boleh dikatakan sangat negatif dari segi penggiliran. Kekuatan mereka adalah dari segi penggiliran dan serangan tetapi perkara itu tidak ada di kejohanan ini,” ujarnya.

Sementara itu, kekalahan juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kepada beregu Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong boleh dianggap mengejutkan dan Rexy menyifatkan permainan kedua-dua pemain itu serba tidak menjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN