fbpx
Sebahagian tertuduh-tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

34 lelaki mengaku salah merusuh di pusat hiburan, miliki senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 32 lelaki yang tular kerana merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras minggu lalu didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan merusuh dan memiliki barangan termasuk senjata api dan bahan letupan.

Mereka ialah Tan Chee Chin, G. Bathmanathan, M. Kogilan, Lim Puay Fei, Kevin Yong Kai Wen, Ong Zhi Jian, Looi Khai Xuan, Voison Chor, Tan Jun Ning, Hee Tuck Choy, Ching Thong Hai, Kee Jin Xuan, Lim Teong Yow, Chan Kuang Man dan Ho Chee Seong.

Tertuduh lain ialah Wong Chee Siong, Liang Chung Weng, G. Srikanth, A. Ganesan, Lee Ming Choong, Wong Wai Khuen, Khor Ka Lok, Ong Zheng Yuan, Yam Hao Jie, Lim Jia Cheng, Chai Chun You, Kher Kuan Heng, Ong Aik Chim, Chong Khai Jun, Hadzrin Julasrin, Lee Tuck Wah dan Chin Chin Chung.

Majistret Faezahnoor Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh yang berusia 21 hingga 57 tahun selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Sekiranya gagal membayar denda, kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara empat bulan. Kesemua tertuduh membayar denda tersebut.

Sementara itu, dalam prosiding sama, dua lagi lelaki berusia bawah 20 tahun iaitu Alvin Yong Kai Zhe dan Chong Yu Heng masing-masing berusia 19 tahun didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar selepas mengaku bersalah atas kesalahan sama.

Kesemua mereka didakwa menyertai rusuhan dan memiliki senjata api, peluru, bahan letupan, kayu dan batu yang boleh digunakan untuk menyerang dan menyebabkan melecur serta kecederaan.

Kesalahan dilakukan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada pukul 7.30 malam, 5 April lepas mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kesemua tertuduh mengambil kira insiden itu yang menimbulkan kekecohan selain menyebabkan kegentaran kepada orang ramai.

Bagaimanapun peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab merayu denda ringan atas alasan pengakuan kesemua tertuduh menjimatkan kos dan masa mahkamah selain ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya.

Sebelum ini, media melaporkan perselisihan faham antara seteru perniagaan dan dendam peribadi dipercayai menjadi motif kejadian khianat dan rusuhan membabitkan lebih 60 individu di sebuah pusat hiburan karaoke.

Seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah berusia 14 hingga 57 tahun ditahan susulan kejadian itu yang dilakukan secara berasingan bermula Isnin lalu di dalam dan luar Lembah Klang.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu membawa objek dipercayai kayu besbol menceroboh sebuah pusat hiburan dan melakukan khianat.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, sebuah lori turut digunakan untuk merempuh pagar premis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN