fbpx
SEORANG lelaki dikenali sebagai ‘Ucuk’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tulisan kalimah Allah di sebuah tokong di Jalan Jeti Pengkalan Batu – Pantai Siring, Jasin. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

‘Ucuk’ tulis kalimah Allah di tokong ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Polis menahan seorang bekas pelajar tahfiz dikenali sebagai ‘Ucuk’ bagi membantu siasatan berhubung kes tulisan kalimah Allah di sebuah tokong di Jalan Jeti Pengkalan Batu – Pantai Siring, di sini kelmarin.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Jasin di sebuah rumah di Kampung Serkam, Merlimau.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya merampas beberapa barangan termasuk beg plastik merah berisi berus cat dan tong cat putih yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek mengaku bertanggungjawab menconteng kalimah di tokong tersebut tujuh hari lalu. Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat dengan ahli keluarga mendapati lelaki itu dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan sudah lama tidak mendapatkan rawatan.

“Abang suspek memaklumkan adiknya tidak mengambil ubat dan tidak mendapatkan rawatan di hospital sejak sekian lama. Kad rawatannya juga hilang. Suspek yang tinggal bersama abangnya dibebaskan dengan jaminan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai binaan tokong, katanya, ia dibina di atas tanah milik individu dari Muar, Johor dan lelaki itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin bagi membantu siasatan termasuk mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan tanah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN