fbpx
PENGGUNA disaran pilih sayur yang kurang penggunaan racun.

Sayur beracun turut dikesan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Isu sayur beracun dalam pasaran bukan sahaja membabitkan sayur-sayuran yang ditanam di Cameron Highlands, tetapi turut melibatkan sayur dari Pulau Pinang.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim berkata, berdasarkan ujian dilakukan di Korea Selatan pada 2022 pihaknya mendapati terdapat kandungan racun tinggi dalam sayur dari negeri tersebut.

Katanya, perkara ini ini perlu diambil perhatian kerana berlarutan tanpa tindakan tuntas.

“Kami buat ujian pada 2022 di Korea menggunakan sampel sa­yur dari Pulau Pinang dan keputusannya pada tahap keracunan tinggi.
“Keputusannya teruk dan kami telah kemukakan kepada Kementerian Kesihatan,”katanya di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, sayur beracun dari Cameron Highlands yang dihalang mema­suki Singapura sama ada menggunakan racun perosak secara berlebihan atau yang tidak dibenarkan, dikhuatiri dijual di pasaran tempatan dan berisiko menjejaskan kesihatan pengguna.

Dakwaan itu berasas kerana selepas Singapura mengeluarkan 39 notifikasi penolakan melibatkan 14 pengeksport sayur dari daerah ini tahun lalu, kemana lagi sayur-sayuran itu dilambakkan.

Timbul juga persoalan bagaimana dengan sayur-sayuran yang dijual dalam negara ini? Adakah ia dihasilkan oleh ladang yang sama.

Menurut Hatijah, berdasarkan kajian yang dilakukan, pihaknya mendapati, antara faktor kan­dungan racun yang tinggi adalah penggunaan racun yang tidak dibenarkan.

Katanya, penggunaan racun yang dilarang ini perlu dipantau kerana melibatkan ke­selamatan dan kesihatan orang ramai.
Bagi mengatasi isu ini, petani digalakkan menggunakan racun organik dan pengguna disarankan menanam sendiri sayur di kawasan rumah untuk kegunaan harian.

Katanya, pengguna juga perlu bijak memilih sayur untuk dihidangkan sebagai menu harian keluarga.

“Elak pilih sayur yang terlalu cantik, dikhuatiri tidak bebas racun,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN