fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan deretan lori tangki minyak milik Petronas bergerak selari di atas jalan raya. VIDEO OLEH @BADRULISHAH.

[VIDEO] ‘Lori paling famous sekarang, nampak je rasa bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Lori paling famous (terkenal) sekarang. Nampak lori ini rasa bahagia, sengsara pun ada. Apapun, terbaik lah kita untuk Malaysia.”

Itu antara kegembiraan yang dizahirkan orang ramai apabila menyaksikan ‘kelibat’ deretan lori tangki milik syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang sedang bergerak selari di atas jalan raya.

Ia berikutan harga bahan mentah itu menjadi kontroversi susulan konflik di Asia Barat, selepas laluan utama minyak, Selat Hormuz, terjejas akibat konflik tersebut.

Menggunakan profil @Rohana Saad di media sosial, wanita itu turut berkongsi video daripada pengguna lain, @Badrulishah yang turut berseloroh bahawa bahan mentah itu adalah yang baru tiba selepas melepasi Selat Hormuz.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana dan ke mana destinasi lori-lori berkenaan serta tangkinya ‘berisi’, ataupun kosong.

Selain itu, wanita tersebut turut memuji para pemandu lori berkenaan yang dilihat sangat terlatih dan mematuhi garis panduan ditetapkan pihak syarikat.

“Dalam banyak-banyak lori, lori ni paling kita respect (hormat) pemandunya. Sebab bawa santai-santai je, tak ada nak kejar trip sangat,” tambahnya.

Para pengguna lain turut menzahirkan perasaan serupa, malah ada yang mengakui menjadi pengguna setia Petronas sebagai tanda sokongan terhadap produk tempatan.

“Pagi tadi nampak deretan lori Petronas, rasa masya-Allah, Allah beri rahmat kepada Malaysia,” ucap @Ummu ‘Ammar.

“Terbaik Petronas, saya tak beli minyak stesen lain, sokong produk negara tersayang. Apa-apa pun terbaik Petronas,” ujar @Wonderologist.

“Dulu kita tunggu abang roti, sekarang abang minyak pula,” komen @Lindamohd. – KOSMO! ONLINE

@badrulishah Terbaik lah #petronasmalaysia sekali jalan berantai.. minyak selat hormuz ke ni? Semoga minyak turun la minggu depan #selathormuz #minyakmahal #pmxterbaik ♬ bunyi asal – Gurka malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN