fbpx
Mohd. Syahrul Izhar (kiri) didenda RM10,000 atas kesalahan menggaji PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tauke kedai makan gajikan PATI didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang pengusaha kedai makan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) memakan diri apbila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Syahrul Izhar Sulaiman, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mohd. Syahrul Izhar didakwa menggaji lelaki warga Thailand berusia 51 tahun sebagai pelayan tanpa permit kerja sah.
Perbuatan itu dikesan ketika operasi Jabatan Imigresen di Warung Seri Pantai, Thai-Food, Jalan Fikri Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada pukul 11 malam, 25 Februari lalu.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua syarikat pembinaan didenda RM35,000 selepas mengaku bersalah membenarkan PATI menetap di premis projek masing-masing.

Syarikat Permintex Warijitu Resources Sdn. Bhd. didenda RM20,000 kerana membenarkan empat lelaki Indonesia berada di tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut tanpa dokumen sah.

Sebuah lagi syarikat, Nurul Iman Solution pula didenda RM15,000 atas kesalahan sama selepas membenarkan tiga warga asing berada di tapak pembinaan tersebut tanpa pas yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN