fbpx
Lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjun dari sebuah jambatan sebelum dilanggar kenderaan di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara-Selatan. Foto PDRM

Warga emas maut terjatuh jambatan, dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah jambatan sebelum dilanggar kenderaan di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu membabitkan mangsa berusia 74 tahun melibatkan sebuah Proton X50 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kenderaan terbabit telah melanggar mangsa yang dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Ujong–Bukit Nenas setinggi kira-kira tujuh meter.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa sebelum itu menunggang motosikal jenis Honda C70 dan meninggalkan motosikal berkenaan di atas jambatan sebelum bertindak terjun.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN