TEHRAN – Media Iran hari ini melaporkan bahawa 18 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan di wilayah Alborz bersempadan dengan Tehran, memetik kenyataan seorang pegawai wilayah.
Timbalan Gabenor Wilayah Alborz berkata, serangan Amerika Syarikat(AS)-Israel mengenai kawasan perumahan dan kematian 18 rakyat kami telah disahkan, termasuk dua anak kecil, demikian menurut laman web Mizan Online dan agensi berita Fars.
Seramai 24 orang turut cedera dalam serangan awal pagi tersebut, tambahnya.
Kerajaan Iran belum mengeluarkan angka korban keseluruhan yang dikemas kini untuk perang itu sejak beberapa hari lalu.
AFP juga tidak dapat mengakses lokasi serangan untuk mengesahkan angka korban di Iran secara bebas.
Namun, Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) berpangkalan di AS berkata sekurang-kurangnya 3,597 orang telah terbunuh di Iran, termasuk 1,665 orang awam yang mana antara mereka sekurang-kurangnya 248 kanak-kanak serta 1,221 anggota tentera. – AFP














