fbpx
ANTARA PATI yang ditahan JIM Johor dalam operasi yang dijalankan di Muar, Sabtu lalu. IHSAN IMIGRESEN

27 PATI bekerja tanpa dokumen kena kutip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak yang tinggal dan bekerja di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah ditahan dalam operasi yang mensasarkan premis perniagaan dan premis kediaman di kawasan sekitar daerah ini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 6 petang itu melibatkan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa cawangan Muar.

“Hasil pemeriksaan ke atas 42 individu, seramai 27 warga asing diberkas terdiri daripada lelaki warga Indonesia, Myanmar serta tiga kanak-kanak selain wanita Indonesia dan Myanmar berusia dalam lingkungan satu bulan hingga 48 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, kesemua mereka yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Tambahnya, sebanyak satu keping borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN