PETALING JAYA – Kerinduan mendalam terhadap anak yang maut ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah taska membuatkan sepasang suami isteri menziarahi pusara bayi itu setiap hari sejak tiga tahun lalu. Maisarah Rosli, 36, berkata, dia dan suami, Faizul Ali Adam, 36, bertindak demikian kerana terlalu rindu kepada bayi perempuan mereka, Qaseh Aulia yang ketika kejadian baru berusia dua bulan 26 hari. Katanya, sudah tiga tahun mereka tidak dapat melihat anaknya membesar depan matanya kerana kejadian itu. “Setiap hari saya……














