fbpx
Mendiang Karam Singh Walia

Perginya Karam Singh Walia, ikon penyiaran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Pemergian wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia, disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia kewartawanan negara.

Mendiang yang cukup dikenali menerusi Buletin TV3 sejak era 1990-an hingga sekitar 2014, meninggalkan legasi tersendiri melalui gaya penyampaian berita yang unik dan berkarisma.

Antara identiti paling diingati ramai ialah kebolehan beliau mengakhiri laporan dengan rangkap pantun yang bukan sahaja mencuit perhatian, malah menjadi tanda pengenalan yang sukar ditandingi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemergian Karam Singh Walia memberi kesan mendalam kepada industri penyiaran tanah air.

“Beliau bukan sekadar penyampai berita, tetapi seorang pencerita yang berjaya menghidupkan setiap laporan dengan gaya tersendiri.

“Sumbangan beliau dalam dunia kewartawanan akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi wartawan baharu,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Tambah Fahmi, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang kariernya telah meletakkan satu penanda aras tinggi dalam bidang penyiaran.

“Negara kehilangan seorang tokoh yang bukan sahaja berpengalaman, tetapi juga berjiwa besar dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat,” ujarnya.

Pemergian beliau pastinya dirasai oleh rakan media serta penonton setia yang membesar dengan laporan-laporan ikoniknya di kaca televisyen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN