fbpx
Sebuah kereta dipandu pemandu mabuk merempuh orang ramai yang merayakan Tahun Baharu Laos di New Iberia semalam. - Facebook

Pemandu mabuk rempuh peserta acara perarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW IBERIA, LOUISIANA – Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas seorang pemandu mabuk merempuh orang ramai di sebuah acara perarakan di negeri Louisiana, Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun UK.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahawa sebahagian mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, manakala pemandu ditahan selepas melanggar sejumlah orang yang menghadiri perayaan Tahun Baharu Laos di New Iberia semalam.

Seorang jurucakap pejabat syerif mengesahkan bahawa 15 orang dibawa ke hospital susulan kejadian itu.

Tidak dijelaskan berapa ramai mangsa yang cedera parah.

Video yang dikongsi secara online menunjukkan sejumlah mangsa terbaring di atas jalan, manakala satu klip menunjukkan anggota bomba cuba menyelamatkan seorang yang terperangkap di bawah kenderaan di dalam parit.

Acara itu diadakan untuk meraikan budaya dan tradisi negara Asia Tenggara, Laos.

Pejabat Syerif Iberia dalam satu kenyataan kepada media sosial berkata, nahas itu bukan satu tindakan yang disengajakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN