fbpx
Khairul Nuzul Hamdan (kiri) didenda RM8,000 atas kesalahan gagal mempamerkan papan tanda larangan menjual rokok kepada individu bawah 18 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Denda RM8,000 sebab tidak pamer amaran jual rokok bawah 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Padah tidak mempamerkan tanda amaran jualan produk rokok kepada individu di bawah 18 tahun, seorang pengusaha kedai runcit di Kuala Berang, Hulu Terengganu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas Khairul Nuzul Hamdan Mohd. Zulkifli, 28, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara tiga bulan sekiranya Khairul Nuzul Hamdan gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nuzul Hamdan didakwa gagal mempamerkan tanda amaran larangan jualan produk merokok kepada individu di bawah 18 tahun di premis perniagaannya, Akubob Trading pada 13 Julai 2025.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN