fbpx
Tangkap layar video kumpulan kedua sukarelawan GSF 2.0 yang berlepas dari KLIA sekitar pukul 10 malam tadi.

[VIDEO] Sumud Flotilla 2.0: Kumpulan kedua berangkat malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan kedua sukarelawan bagi misi Sumud Nusantara untuk misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) dilaporkan selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pukul 10 malam tadi.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi hantaran oleh @Sumudnusantaraofficial di laman media sosial yang memaklumkan pelepasan kumpulan berkenaan berjalan lancar.

Menurut hantaran tersebut, kesemua sukarelawan berangkat dengan restu keluarga masing-masing sambil membawa harapan rakyat Malaysia untuk membantu penduduk Palestin.
“Alhamdulillah, batch kedua selamat berlepas dari KLIA sekitar jam 10 malam tadi bagi misi Break The Silence, Break The Siege ke Gaza,” ujarnya.

Tambahnya, misi berkenaan bukan sahaja membawa bantuan kemanusiaan, malah menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap nasib penduduk Gaza.

“Mereka pergi bersama restu keluarga, membawa harapan rakyat Malaysia. Doakan agar urusan mereka semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi,” katanya.

Orang ramai turut diminta untuk terus mengikuti perkembangan semasa misi tersebut yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Pegawai Strategik Sumud Nusantara, Haikal Luqman Zulkefli memaklumkan kira-kira 3,000 sukarelawan dari seluruh dunia akan menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 bagi menghantar bantuan ke Palestin.

Menurutnya, misi berkenaan dijadual bermula pada 12 April ini dengan penglibatan hampir 150 kapal yang akan belayar secara serentak bermula dari Itali sebelum singgah di beberapa negara lain sebelum menuju ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN