fbpx
Tangkap layar video wanita warga asing didakwa mencuri peralatan kecantikan di sebuah pasar raya di Bandar Bukit Tinggi.

[VIDEO] Pencuri warga asing selamba curi kosmetik RM1,263

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Aksi dua wanita warga asing mencuri peralatan kecantikan di sebuah pasar raya di Bandar Bukit Tinggi berjaya dirakam, sebelum video kejadian itu tular di media sosial.

Rakaman beberapa video memaparkan suspek dilihat ‘menjelajah’ premis itu sambil selamba memasukkan barangan ke dalam beg tangan mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihak menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun kira-kira pukul 12.04 tengah malam tadi.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 5 petang kelmarin, dengan dua suspek warga asing mencuri peralatan kecantikan bernilai RM1,263,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau menambah, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah ini di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN