fbpx

Salam Perantauan 3 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan saudara-mara di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang terutama kepada abah (Ibrahim Mohamed), mama (Hanizan Shaffii), abah wan (Wan Mohd. Bahruddin Wan Harun) dan umi (Zaimah Salleh).
Tidak lupa kepada anak buah, Akifa Humairah, Akifa Haura, Akif Haqq, Uzayr, Aneeq dan Sophea. Semoga lebaran ini membawa seribu makna kepada semua.

Daripada: Ayie, Jiha, Mateen, Daiyan dan Syifaa
Lokasi: Didcot, Oxfordshire, United Kingdom

 

DI kesempatan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh hormat dan takzim ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai serta kenalan yang dikasihi.
Walau jarak memisahkan kita, namun kami sentiasa mengingati dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat semua. Semoga Aidilfitri yang diraikan ini membawa seribu keberkatan, memperkukuh ikatan silaturahim serta dilimpahi rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Daripada: Kapten Muhamad Hafiz Abd Rahman dan keluarga
Lokasi: Ashgabat, Turkmenistan

 

KAMI ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli keluarga serta semua kenalan yang mengenali kami tidak kira di mana anda berada. Semoga Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan. Moga kita bertemu kembali di Syawal akan datang. Salam perantau daripada kami sekeluarga.

Daripada: Muhammad Murshid Jaafar dan Dianatasha Elysa Dahimi
Lokasi: Melbourne, Australia

 

DARI bumi Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), salam Aidilfitri kami titipkan buat seluruh umat Islam teristimewa keluarga tercinta di Kedah dan Melaka serta sahabat handai di seluruh tanah UAE dan Malaysia.
Ramadan kali ini terasa sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, lebih mengajar erti sabar dan syukur. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan.

Daripada: Nur Iman, Nur Fatin dan Mikael
Lokasi: Abu Dhabi, UAE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN