fbpx
SAKA (kiri) dianggap gagal memberikan impak besar kepada skuad England ketika beraksi di bahagian sayap menyebabkan Tuchel didesak menggugurkannya. - AFP

Piala Dunia: Tuchel perlu lebih berani gugurkan pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Legenda England, Joe Cole mencetuskan perdebatan hangat apabila menyarankan pengendali England, Thomas Tuchel agar berani mengetepikan Bukayo Saka demi merealisasikan impian menjuarai Piala Dunia.

Pandangan itu hadir susulan aksi hambar skuad Three Lions dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini apabila sekadar seri 1-1 dengan Uruguay sebelum tewas 0-1 kepada Jepun.

Tuchel yang melakukan beberapa eksperimen termasuk menggunakan sistem ‘false nine’ dilihat masih belum menemui kombinasi terbaik, terutama ketika ketiadaan penyerang utama, Harry Kane.

Menurut Cole, England masih memiliki kualiti untuk muncul juara dunia, namun pemilihan kesebelasan utama perlu lebih tepat dan berani.

“Saya percaya England mampu memenangi Piala Dunia, tetapi kita perlu buat keputusan besar dalam pemilihan pemain,” katanya.

Cole turut mencadangkan agar bintang Cole Palmer diberi peranan lebih besar dengan diletakkan dalam kesebelasan utama menggantikan Saka di bahagian sayap kanan.

“Saya akan letakkan Palmer di sebelah kanan kerana dia boleh beri impak besar dari segi kreativiti dan jaringan. Kombinasi ini beri keseimbangan kepada pasukan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Cole percaya gandingan pemain muda dan berpengalaman mampu memberikan kelebihan, namun menekankan bahawa keberanian membuat perubahan besar bakal menjadi kunci kejayaan England di pentas dunia nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN