fbpx
FERNANDES dianggap tonggak penting United dan kelab itu pasti sukar untuk melepaskan khidmatnya kecuali menerusi tawaran yang benar-benar lumayan. - AFP

EPL: Fernandes jadi ‘ibu duit’ United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Paul Parker menggesa kelab itu supaya tidak melepaskan peluang untuk menjual ketua pasukan mereka, Bruno Fernandes pada musim panas nanti.

Fernandes ketika ini dilapor sedang diburu oleh gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain menyebabkan Parker percaya ia adalah peluang besar untuk United mendapatkan yuran perpindahan lumayan.

Parker yang menyifatkan Fernandes sebagai pemain ego percaya walaupun pemain itu dilihat memberi sumbangan besar kepada pasukan, namun peluang untuk menjual pada harga yang tinggi ketika usianya ketika ini sudah mencecah 31 tahun tidak harus dilepaskan.

“Tidak dinafikan bahawa dia sangat penting untuk United ketika ini, tetapi saya tidak pasti apakah dia mampu untuk terus menjadi sandaran pasukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Saya fikir dia adalah pemain yang bijak dan menunjukkan peningkatan ketara, tetapi saya percaya dia bukanlah pemain yang mampu menjadikan pasukan ini terus berkembang untuk tempoh yang panjang.

“Sekiranya United berpeluang untuk meraih yuran perpindahan lumayan menerusi penjualannya, mengapa mereka tidak melakukannya? Duit itu nanti mampu membantu kelab untuk terus berkembang,” katanya.

Laporan ketika ini menyebut bahawa PSG secara agresif memantau perkembangan Fernandes selepas mereka memasang impian untuk melengkapkan trio tengah Portugis, apabila sudah memiliki Joao Neves dan Vitinha.

Bagaimanapun, PSG perlu menyiapkan dana yang cukup besar bagi mendapatkan Fernandes apabila kelibat pemain itu turut diburu kelab dari Arab Saudi yang sanggup melunaskan nilai perpindahan setinggi £100 juta (RM534.06 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN