fbpx
Muhammad Hasbullah.

Kemalangan ragut nyawa disiasat tanpa kompromi – JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menegaskan setiap kesalahan lalu lintas yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa kompromi.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Katanya, dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pada Ahad lalu, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan berlaku apabila sebuah kereta memasuki laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati pemandu lelaki tempatan itu cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan motosikal. Akibatnya, penunggang motosikal berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pemandu kereta didakwa di Mahkamah Klang hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Menurut beliau, pendekatan penguatkuasaan itu merupakan sebahagian usaha berterusan JSPT bagi memastikan setiap kes kematian di jalan raya diberikan perhatian serius.

“(Tindakan) bertujuan memberi mesej jelas bahawa sebarang kecuaian termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah tidak akan dikompromi,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN