fbpx
Gambar sekeluarga yang dilaporkan hilang dari rumah sejak kelmarin.

Polis kesan enam sekeluarga hilang di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Polis mencari enam sekeluarga yang dilaporkan hilang dari rumah mereka sejak kelmarin.

Mangsa yang hilang ialah M. Rekha, 41, serta lima anaknya iaitu S. Ruban, 19, S. Sharivina Nair, 17, S. Shasini Nair, 16, S. Pritivi Nair, 14, dan S. Lashwin Nair, 4.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehilangan mereka yang dibuat suami dan bapa mangsa yang berusia 43 tahun kelmarin.

“Mengikut laporan pengadu, kesemua mangsa disedari tiada di rumah pada pukul 6.30 pagi kelmarin. Lokasi terakhir mangsa di sebuah rumah di Taman Orkid di sini,” katanya hari ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga itu supaya menyalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah Bentong atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN