fbpx
Barisan pemain Turkiye meraikan kejayaan mara ke Piala Dunia selepas wisel penamat, awal pagi tadi.

Piala Dunia 2026: Akturkoglu muncul wira Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRISTINA – Jaringan penentu Kerem Akturkoglu memastikan Turkiye kembali ke pentas Piala Dunia sekali gus menamatkan impian Kosovo untuk mencipta sejarah layak buat kali pertama, awal pagi tadi.

Aksi penuh dramatik itu menyaksikan Kosovo memberikan tentangan sengit hingga wisel penamat, namun kelebihan berpihak kepada Turki yang lebih klinikal memanfaatkan peluang.

Gol tunggal Akturkoglu sudah cukup untuk memecah kebuntuan dan menamatkan penantian panjang Turkiye yang kali terakhir beraksi di pentas dunia pada edisi 2002.

Kemenangan itu turut disambut penuh emosi oleh pemain Turkiye yang akhirnya berjaya memecahkan badi kegagalan beraksi di kejohanan terbesar bola sepak dunia itu selama lebih dua dekad.

“Saya bersimpati dengan seluruh pasukan dan negara. Kami sudah berikan segalanya, tetapi takdir tidak memihak kepada kami,” kata kapten Kosovo, Vedat Muriqi.

Kosovo sebenarnya hampir mengejutkan lawan, namun percubaan berbahaya mereka berjaya digagalkan penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir yang tampil cemerlang di pintu gawang.

Meskipun gagal, Kosovo tetap meninggalkan tanggapan positif dengan aksi bertenaga, sekali gus memberi bayangan bahawa mereka mampu kembali mencabar pada masa depan dengan generasi muda yang semakin menyerlah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN