DUNGUN -Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sedang menyiasat dakwaan penganiayaan seekor kucing dilakukan dua kanak-kanak di daerah ini.
Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, pihaknya telah menerima lebih 300 aduan berkaitan kejadian itu berikutan penularan klip video berkaitan yang berdurasi 18 saat di media sosial.
“Kita memandang serius perbuatan zalim terhadap haiwan dan akan menyiasat segera secara menyeluruh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Perlindungan kebajikan haiwan merulakan tanggungjawab bersama,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular klip video yang memaparkan seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak dengan salah seorang daripanya dilihat menarik tali yang diikat pada leher haiwan itu sebelum seorang lagi beberapa kali menyepak dan memukul kepala kucing tersebut menggunakan selipar. – KOSMO! ONLLINE














