fbpx
Fadhlina melawat dan beramah mesra bersama sebahagian calon SPM 2025 yang mengambil keputusan ketika tinjauan di SMK Tinggi Kajang hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

SPM 2025: Kohort pertama tidak ada UPSR, PT3 catat prestasi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG- Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang merupakan kumpulan kohort pertama tidak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berjaya mencatat prestasi memberangsangkan dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 mata, terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian itu lebih baik berbanding SPM 2024 yang mencatat GPK 4.49 mata iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 mata.

“Keputusan ini membuktikan bahawa generasi pelajar hari ini mempunyai daya tahan tinggi, termasuk menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“Tapi kita ambil sikap lebih positif, melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam konteks pendidikan negara, khususnya keputusan ini membuktikan mereka adalah satu generasi atau kohort anak-anak yang daya tahannya cukup tinggi

“Calon SPM 2025 ini unik kerana tidak melalui sebarang peperiksaan sebelum ini. Namun, mereka telah membuktikan kemampuan diri untuk mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Majlis Pengumuman SPM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang, hari ini.

Terdahulu, seramai 13,779 atau 3.55 peratus calon yang menduduki SPM 2025 merekodkan keputusan cemerlang dengan memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Selain itu, seramai 376 calon pula memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+ dalam semua mata pelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN