fbpx
Tangkap layar status WhatsApp dipercayai milik isteri mangsa yang maut tercampak selepas dilanggar pemandu mabuk di Klang, semalam.

‘Papa rehat dulu, mama dan anak-anak kirim doa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Papa rehat ye dekat sana. Mama dan anak-anak akan sentiasa kirimkan doa buat papa.”

Itu luahan pilu isteri penunggang motosikal yang maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang semalam.

Luahan berserta gambar mangsa sekeluarga yang dimuat naik di status WhatsApp ‘Kak Nadia’ itu dipercayai milik isteri mangsa.

Dalam kejadian tragis pada pukul 11.40 pagi itu, mangsa dikatakan tercampak ke atas bumbung kereta lain selepas dilanggar sebuah kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Semoga papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi perkongsian tangkap layar status WhatsApp.

Perkongsian itu dihujani komen daripada orang ramai dengan rata-rata mereka meluahkan rasa marah terhadap pemandu mabuk tersebut sehingga menyebabkan individu lain menjadi mangsa.

“Al-fatihah. Kerana pemabuk anak hilang bapa,” ujar seorang pengguna.

“Dah banyak kes mabuk dan khayal dadah langgar orang sampai meninggal dunia, kasihan orang yang bawa (kenderaan) elok-elok (berhemah) kena (jadi mangsa) dengan manusia yang pentingkan diri,” komen @Mad_eim.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pemuda berusia dalam lingkungan 30-an melambung sebelum tercampak atas kereta dalam kejadian kemalangan di Klang.

Siasatan awal polis mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menghala ke bandar Klang itu dipandu laju dan berbahaya.

Susulan itu, pemandu kereta tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari selepas permohonan dibenarkan Majistret Siti Zubaidah Mahat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN