ALAM maya kembali bergegar apabila figura terkenal Neelofa menjadi bualan hangat dalam Threads. Hantaran terbaharu mencetuskan polemik apabila segelintir netizen mempersoalkan gaya pemakaiannya, mendakwa tudung tampak singkat walaupun mengenakan purdah.
Ayat pedas mula berterbangan, daripada teguran lembut hingga cacian terbuka.
Perbincangan terus meleret, ada cuba menasihati, tidak kurang memilih jalan menghentam tanpa belas.
Diva memerhati dengan rasa kurang selesa. Menegur itu baik, tetapi biarlah beradab. Lidah tajam kadangkala lebih melukakan berbanding niat asal. Manusia tidak sempurna, tersilap langkah itu lumrah, bukan tiket untuk dihukum sewenang-wenangnya.
DIVA: Rambang mata melihat busana raya Rozita Che Wan, ibarat helaian katalog hidup!














