fbpx
Hantaran beberapa idea kreatif menggunakan sampul raya di Threads oleh Shafiqahmawarahmad_, 1nonlywahidah dan Ainur_Munira.

Balut buku guna sampul raya, sayang kalau buang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lambakan sampul raya yang sering berakhir di pusat kitar semula atau tong sampah setiap kali penghujung musim perayaan kini mula dimanfaatkan melalui pelbagai idea kreatif yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran tular di Threads oleh Ainamardyiah berkata, dia mula mencari idea kreatif untuk memanfaatkan semula sampul raya yang sering dibuang begitu sahaja selepas wang di dalamnya diambil oleh kanak-kanak.

“Suami saya bingkaikan jadi decoration (hiasan) raya dekat rumah,” kata Shafiqahmawarahmad_.

“Saya buat ketupat nak hias cantik kan dinding rumah,” tambah 1nonlywahidah pula.

Menurut Ainur_Munira, dia membalut bucu buku teks anaknya menggunakan sampul duit raya.

“Buku teks lama anak terus nampak kemas bila balut pakai sampul duit raya. Saya tiru hacks (tips) ini di Instagram,” jelasnya.

Ada juga yang menggunakan semula untuk membayar yuran anak, upah pekerja atau urusan membayar barang ‘cash on delivery’ (COD).

“Guna semula. Duit pengasuh memang bagi cash (tunai) letak dalam sampul,” ujar Norainkanafi lagi.

Ramai yang memilih menyimpan sampul yang masih elok untuk digunakan semula pada raya tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN