fbpx
SEORANG lelaki maut dalam kebakaran bengkel membaiki lori di Tamab Perisma, Kelapa Sawit, Kulai, malam semalam.-Foto IHSAN BOMBA

Lelaki maut bengkel lori terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan melecur hampir seluruh badan dalam kebakaran sebuah bengkel lori di Taman Perisma, Kelapa Sawit di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, kebakaran melibatkan sebuah bengkel lori berstruktur kekal.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, api turut merebak dan melibatkan sebuah lori serta dua buah lori jenis tanker yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan struktur bengkel tersebut.

“Pasukan operasi bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dewasa ditemui dalam keadaan parah dengan kesan melecur kira-kira 90 peratus pada tubuh badan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut termasuk proses pengecaman.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN