fbpx
ERNIE menafikan dakwaan makan di premis tidak halal

‘Terpampang sijil’ – Ernie Zakri nafi makan di kedai tak halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakri menafikan dakwaan tidak peka dalam memilih premis makanan halal semasa beraya di Melaka baru-baru ini.

Ernie atau nama asalnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, menjelaskan bahawa premis yang dikunjunginya memaparkan sijil halal dengan saiz yang besar dan jelas.

“Terpampang besar dekat kedai dia sijil halal, insya-Allah,” katanya dalam Threads.

Pelantun lagu Masing-Masing itu berkongsi momen menikmati hidangan di sebuah restoran di Melaka sempena sambutan Aidilfitri.

“Raya kedua balik Melaka, singgah tempat makan paling seronok,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima hentaman seorang netizen yang menuduhnya makan di restoran tidak halal.

Individu terbabit turut menyeru orang ramai agar memboikot artis dan pempengaruh yang bersikap acuh tidak acuh dalam isu berkenaan.

“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ‘minah’ (perempuan) ini,” tulis netizen terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN