PETALING JAYA – Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima kira-kira 40 hingga 60 peratus panggilan kecemasan berdasarkan trend semasa ketika musim panas melibatkan kebakaran terbuka seperti belukar, hutan serta kebun dan ladang. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, kes kebakaran hutan, ladang dan belukar terus menunjukkan trend membimbangkan apabila mencatatkan 32,810 kes sejak 2024 sehingga Februari lalu. Ujar beliau, tahun 2024 merekodkan jumlah tertinggi dengan 16,294 kes, diikuti 9,941……














