fbpx
PASUKAN forensik menemui rangka seorang bayi yang ditanam di hadapan laman sebuah rumah di Kelemak, Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Terkejut ada kes bayi ditanam di laman rumah – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Penduduk di Kelemak dekat sini gempar dengan penemuan rangka seorang bayi yang ditemui pasukan forensik polis ditanam di laman sebuah rumah, hari ini.

Seorang pekerja swasta, Kamal, 31, berkata, dia terkejut apabila mengetahui kehadiran polis di kawasan itu adalah untuk menggali mayat bayi yang dipercayai ditanam di laman rumah kira-kira empat bulan lalu.

“Kawasan ini biasanya sunyi dan tidak pernah dikaitkan dengan kes jenayah berat. Sebenarnya kakak saya tinggal di kawasan ini dan kebetulan saya datang beraya hari ini.
“Terkejut bila kakak beritahu ada pasukan forensik datang dan jumpa rangka bayi ditanam di laman rumah jiran,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, dia dimaklumkan pasukan forensik polis tiba di lokasi sekitar pukul 9 pagi dan melakukan kerja-kerja menggali untuk mencari bahan bukti.

“Katanya anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.

“Selepas beberapa jam, pasukan forensik beredar meninggalkan lokasi lebih kurang pukul 12.30 tengah hari,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan rangka seorang bayi ditemui ditanam di hadapan laman sebuah rumah di Kelemak, di sini.

Menurut sumber, bayi tersebut dipercayai ditanam oleh keluarganya sendiri kira-kira empat bulan lalu.

Katanya, pasukan forensik polis telah menggali semula lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN