fbpx
TANGKAP layar video dua lelaki melakukan aksi ‘wheelie’ sambil menyalakan bunga api ketika menunggang motosikal di Sungai Petani malam tadi.

2 lelaki buat aksi ‘wheelie’ sambil nyalakan bunga api dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tindakan dua lelaki melakukan aksi ‘wheelie’ sambil memegang bunga api di Jalan Alor Setar-Butterworth di sini membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Video memaparkan aksi dua suspek berusia 21 dan 23 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135Fi itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, susulan video tular berdurasi 15 saat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda digerakkan ke lokasi.

“Kita berjaya menahan dua lelaki terbabit di Jalan Lagenda berhampiran sebuah premis menjual pakaian terkenal di daerah ini kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Motosikal serta sebahagian kecil bunga api dalam simpanan mereka dirampas. Kedua-dua suspek yang merupakan penganggur bersama barang rampasan dibawa ke IPD untuk dirakam keterangan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI